SSQS 2016

Pengetua/Guru Besar,
Sekolah KPM Negeri Perak.

YBhg. Dato’/Datin/Tuan/Puan,
PENARAFAN PEMBESTARIAN SEKOLAH KPM NEGERI PERAK MENGGUNAKAN  SMART SCHOOL QUALIFICATION STANDARDS (SSQS) TAHUN 2016
Dengan segala hormatnya kami merujuk perkara di atas dan surat bernombor rujukan KP(BTP-PPSB)8817/3/4/ Jld.3(25) bertarikh 27 Mei 2016 adalah berkaitan.

2.  Sehubungan itu, YBhg. Dato’/Datin/Tuan/Puan diminta melaksanakan penarafan pembestarian menggunakan SSQS secara dalam talian oleh semua responden mengikut kategori sekolah YBhg. Dato’/Datin/Tuan/Puan bermula 15 Julai 2016 hingga 30 Ogos 2016 bagi peringkat Negeri Perak.

3.  Untuk makluman YBhg. Dato’/Datin/Tuan/Puan, Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri Perak (BTPN) dan Pusat Kegiatan Guru (PKG) dipertanggungjawabkan untuk mengurusetiakan pelaksanaan penarafan pembestarian sekolah menggunakan SSQS. Sila layari pautan online http://btpnperak.moe.gov.my/ssqs/

4.  Kerjasama dan tindakan YBhg. Dato’/Datin/Tuan/Puan sangat dihargai serta diucapkan dengan jutaan terima kasih. Makluman lanjut berhubung perkara ini boleh dipohon dari Pegawai Teknologi Pendidikan PKG bagi kelompok masing-masing atau En, Sharuddin Bin Yusof, Ketua Unit Pembestarian Sekolah, Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri Perak di talian 05-2924933/955 samb 116.

Sekian.

PEMILIHAN TOKOH NILAM

Tema Penilaian Individu & Berkumpulan

Terdapat 2 set tema yang akan digunakan iaitu bagi Penilaian Individu dan Penilaian Berkumpulan.

Tema Penilaian Individu (SR & SM):
Calon diberi 4 atau 5 tema untuk dipilih.  Calon akan memilih salah satu daripada tema-tema tersebut untuk dihuraikan/dijawab semasa sesi Penilaian Individu. Masa diberi antara 5 hingga 10 minit.

Tema Penilaian Berkumpulan (SR & SM):
Calon diberi 4 atau 5 tema untuk dipilih.  Hakim akan memilih salah satu daripada tema-tema tersebut untuk calon-calon bincang semasa sesi Penilaian Berkumpuilan. Sesi penilaian berjalan selama 15 minit.

TEMA PENILAIAN:
Sekolah Rendah B.Melayu
Sekolah Rendah B.Inggeris
Sekolah Menengah B.Melayu
Sekolah Menengah B.Inggeris



Jadual Penilaian

2.00 ptg           : Pendaftaran & Taklimat
2.10 ptg           : Penilaian Individu SR (8 calon = 1 ½ jam)
3.40 ptg           : Penilaian Individu SM (3 calon = 35 minit)
4.15 ptg           : Penilaian SR Berkumpulan (2 kump.= 30 minit)
4.45 ptg           : Penilaian SM Berkumpulan (1 kump.= 15 minit)
5.00 ptg           : Sesi Penilaian Tamat, Pengumpulan Borang, Bersurai


Sekian, terima kasih.

PELAKSANAAN PROGRAM KAMPUS ASTRO BERSAMA KOMUNITI SEKOLAH (KABKS)


Pengetua/ Guru Besar,
Sekolah Menengah/ Rendah Negeri Perak.
Tuan,

Dengan sukacitanya perkara di atas adalah di rujuk.

2. Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telah memeterai memorandum persefahaman (MoU) Kampus ASTRO Bersama Komuniti Sekolah (KABKS) pada 30 Mac 2016 bagi pelaksanaan program KABKS. 

3. Ini adalah satu Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) di bawah Yayasan Kasih Astro untuk menyokong matlamat dan usaha KPM ke arah pembelajaran secara holistik kepada murid-murid seluruh Malaysia di samping menyediakan bahan sokongan tambahan kepada guru-guru.

4. Sehubungan dengan itu, pihak Yayasan Kasih Astro akan membekalkan perkhidmatan Program KABKS seperti di bawah:

4.1 Pemasangan baharu di sekolah yang masih belum dipasang KABKS sejak tahun 2008.
4.1.1 Set peralatan KABKS yang dibekalkan bagi pemasangan baharu terdiri daripada:
i. TV
ii. Set dekoder (DMT)
iii. Kad pintar  (Smart Card)
iv. Out Door Unit (ODU)

4.1.2  Pemasangan baharu KABKS dilaksanakan oleh pembekal yang dilantik oleh pihak Yayasan Kasih Astro bermula 15 Jun hingga 22 Julai 2016.
4.1.3 Pihak sekolah perlu menyediakan keperluan seperti berikut:
i. Sebuah meja bersain 37" (T) x 33" (L) x 24" (P)
ii. 1 unit AC (power point) untuk sambungan ke perkakasan
iii. Langkah-langkah keselamatan bagi memastikan set peralatan yang diberikan terjamin keselamatannya serta memudahkan penjagaannya
iv. Lokasi/ ruang/ bilik yang selamat dan terkawal bagi pemasangan
v. Lokasi pemasangan yang Out Door Unit (ODU) yang sesuai dengan mengambil kira aspek keselamatan warga sekolah seperti:
- di bumbung bangunan
- sekurang-kurangnya ditingkat dua
- kawasan selamat yang dipersetujui antara pihak sekolah dengan pihak KABKS

4.2 Penyelenggaraan bagi sekolah yang telah dipasang KABKS sejak tahun 2008.
4.2.1 Set peralatan KABKS yang dibekalkan bagi penyelenggaraan (jika rosak) terdiri daripada:
i. Set dekoder (DMT)
ii. Kad pintar (Smart Card)
iii. Out Door Unit (ODU)

5. Untuk makluman pihak tuan, KABKS mengandungi 17 saluran pendidikan dan informasi. Kos pemasangan, penyelenggaraan, baik pulih dekoder dan yuran bulanan adalah PERCUMA.

6. Sila muat turun Instrumen Pemantauan Pemasangan Baharu KABKS/ Instrumen Pemantauan Penyelenggaraan KABKS dan lengkapkan maklumat yang diperlukan.Instrumen yang telah dilengkapkan hendaklah diserahkan kepada pegawai PKG kelompok masing-masing sewaktu kerja-kerja pemasangan/ penyelenggaraan dilaksanakan di sekolah tuan.

7. Senarai nama sekolah yang terlibat dalam pelaksanaan program KABKS ini boleh diakses melalui url http://www.moe.edu.my/btp/2

8. Maklumat lanjut mengenai KAKBS ini boleh diakses melalui urlhttp://www.astro.com.my/kampusastro

9. Sukacita diingatkan bahawa pembekal KABKS perlu melaporkan diri dan memohon kebenaran daripada pentadbiran sekolah untuk melaksanakan kerja-kerja pemasangan/ penyelenggaraan.

10. Jika ada pertanyaan, pihak tuan boleh menghubungi PKG kelompok masing-masing. Perhatian dan kerjasama pihak tuan dalam hal ini amat dihargai dan didahului dengan ucapan terima kasih.

PENTARAFAN SSQS SEKOLAH-SEKOLAH KELOMPOK PKG BIDOR BAGI TAHUN 2015

Syabas dan tahniah diucapkan kepada semua sekolah kelompok PKG Bidor kerana mendapat rating 3 dan 4 bintang.


STATISTIK MINGGUAN PENGGUNAAN LAMAN PEMBELAJARAN MAYA VLE FROG BAGI SEKOLAH-SEKOLAH DIBAWAH SELIAAN PKG BIDOR.

MINGGU 4 TAHUN 2016.
(21/01/2016 - 27/01/2016)


KPI minggu 1/2016


Senarai pengguna 20 teratas


Senarai Sekolah Logged In / Tidak Logged In




Diharapkan kesemua sekolah dapat mencapai target yang telah ditetapkan oleh pihak Pejabat Pendidikan Derah Batang Padang.


KAJIAN PENGGUNAAN VLE DALAM KALANGAN MURID



BTPN Perak sedang menjalankan kajian berhubung Penggunaan VLE Dalam Kalangan Murid secara dalam talian.   Responden terdiri daripada SEMUA murid Tahun 4 dan Tingkatan 2 sekolah-sekolah negeri Perak.  Tempoh kajian bermula 19 Oktober 2015 dan berakhir pada 20 November 2015.

Sehubungan dengan itu mohon kerjasama Pentadbir VLE Sekolah untuk menyelaraskan jadual/proses respon murid sekolah masing-masing dalam mendapatkan respon SEMUA murid dalam kategori tersebut.  Antara waktu yang sesuai untuk pelaksanaannya ialah semasa sesi PdP di makmal/bilik komputer.

Instrumen secara hardcopy boleh dicetak untuk memudahkan Pentadbir VLE Sekolah menguruskan pelaksanaan kajian secara dalam talian.

BENGKEL REKABENTUK INSTRUKSIONAL
LAMAN PDP DALAM PERSEKITARAN PEMBELAJARAN MAYA (VLE)
UNTUK GURU PENDIDIKAN ISLAM SEKOLAH RENDAH
October 19 and 20 8am – 5pm
PKG BIDOR, PUSAT KEGIATAN GURU BIDOR

BENGKEL REKABENTUK INSTRUKSIONAL
LAMAN PDP DALAM PERSEKITARAN PEMBELAJARAN MAYA (VLE)
UNTUK GURU SAINS SEKOLAH RENDAH
October 19 and 20 8am – 5pm
PKG BIDOR, PUSAT KEGIATAN GURU BIDOR